let's be honest here.
Tuesday 16 July 2013
Maaf.
Assalamualaikum.



Maaf.
Satu perkataan ja. Tapi cukup untuk menghapuskan rasa dendam dalam diri seseorang. Atau paling tepat, perkataan maaf ini dapat menjatuhkan ego seseorang. Take note ! Menjatuhkan ego ok. Bukan menjatuhkan maruah. Maruah dan ego langsung tak sama maksud. Tak percaya tanya cikgu BM hampa k. Jangan tanya aku lah, aku bukan cikgu hampa :p

"Aku minta maaf." Tiga perkatan ni ja yang kita perlu cakap kalau kita buat salah kat orang tu. Tak perlu buat karangan tiga muka surat pun kan. So, whats your problem? Is it hard to say I'm sorry? Yes, even kita tak bersalah, kita boleh ja kalau nak start minta maaf dulu. Tu la salah satu cara nak menjatuhkan ego orang yang bersalah tu. Yes ! Paham dak gi maksud aku? Contoh la eh : 

Budak A gaduh dengan budak B. Budak A yang cari pasal dulu. Kira sapa yang patut minta maaf dulu? Budak A kan? Tapi, Budak A ni ego tinggi melangit, so no way la dia nak minta maaf kan. Kalau boleh, dia lebih rela bermusuhan sampai dia mati daripada minta maaf dengan Budak B, orang yang dia benci gegila. So, Budak B ni pun mengalah dan mula minta maaf dulu. Tak kisahlah si Budak A ni nak maafkan atau tak, asalkan kita dah minta maaf. Dia pun ada otak juga. Nanti bebila, pandai lah dia fikir yang mana baik, yang mana buruk. And lastly, dia akan insaf dan turut meminta maaf :')

Aku, kalau buat salah, aku jarang nak minta maaf :'3 Hehehe. Aku pandai nasihat orang ja. Tapi diri sendiri jarang buat centu en. Dak, maksud aku, aku jarang minta maaf dekat orang-orang yang aku rapat like my family, my bestfriends. Kalau kawan-kawan biasa tu, aku mestilah minta maaf. Takut depa kata aku ni jahat pulak en. Eh hipokritnye kiter :'p

Kat bestfriends tu jarang minta maaf secara serious. Kalau secara melawak tu selalu la. Contoh kita kata kat dia something, then kita pun cakap "Weh sorry weh. Ala, melawak ja." Nama pun bestfriends kan, kalau cakap serious tu, memang dak ah kan. Melawak ja lebih. Wkwkwkwk. Ejek nu ejek ni. Masing-masing wat lekk ja. Aku tau sorang pun tak pendam dalam hati. Ehem, kalau ada yang pendam tu, aaaa wallahualam la.

Kat family ? Lagi lah JARANG aku minta maaf. Secara jujurlah aku cakap eh, aku pernah minta maaf kat mak aku pun rasanya baru dua kali untuk sepanjang 15 tahun aku hidup ni. Derhaka punya anak. Tuih. Tu pun, minta maaf masa bergaduh gila bangang punya teruk dengan mak aku dulu. Masa raya nak minta maaf, tapi segan :') Bila fikir-fikir balik, for what kita nak rasa malu untuk meminta maaf dekat family kita especially our parents right? That's what I thought yesterday. Ibu kita, yang telah melahirkan kita ke dunia ni, tak pernah pun minta apa-apa balasan daripada kita selain mahu melihat kita berjaya dunia dan akhirat. Ayah kita, yang bekerja siang malam nak tanggung makan minum kita, nak tanggung yuran sekolah kita. Apa yang kita buat ? Terima kasih pun dak kat depa ye dak. Astagfirullahal'azim. Aku taktau kenapa dengan aku ni. Nak minta maaf kat mak n ayah aku pun rasa malu. Bodoh k.

Maaf yang paling penting ialah, memohon keampunan daripada Allah SWT. Pencipta kita. Aku selalu memohon keampunan dari-Nya. Tapi taktau lah sampai ka dak doa aku kat Dia. Sebab? Aku tak tahu samada aku ikhlas berdoa ataupun tidak. Perkataan IKHLAS ni lah yang menjadi masalah besar bagi diri aku sekarang ni. Aku selalu konfius pasal ikhlas ni. Dah malas nak hurai lelebih pasal ikhlas ni. Ustazah ada cakap, Allah takkan ampunkan kita selagi ibu bapa atau orang yang kita buat salah tu tak ampunkan kita. Aku nakkan keampunan dari-Nya, tapi aku malu nak minta maaf kat orang yang aku buat salah. Apakah? 

Aku manusia biasa. Yang banyak kelemahan daripada kelebihan. Atau lebih tepat lagi manusa yang tiada kelebihan. Mungkin. Aku hamba Allah yang teramat hina. Pernah dengar orang kata "Manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan."? Aku setuju dengan ayat tu. Aku tak pernah tak buat silap atau dosa. Setiap hari aku buat dosa. Even aku sedar kata benda tu dosa, tapi aku tetap buat juga. Selagi aku tak mampu nak atasi sifat malu tak bertempat aku ni, selagi tu aku hanya mampu untuk beristighfar saja. Astaghfirullahal'azim.




So the moral of the entry is don't you ever feel shamed to say sorry. Is it too difficult for you, for us to say that word? Tepuk dada, tanya iman :)

Apologizing doesn't mean you're RIGHT or WRONG. It just mean you value your relationship more than your EGO.


P/s : Aku pandai nasihatkan orang ja. Aku sendiri tak pandai nak buat. So jangan jadi macam aku, tapi dengarlah nasihat aku :D

Kbye.

Thanks for reading :) 
© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03