let's be honest here.
Thursday 27 June 2013
Lari.
Assalamualaikum.



Hola holi bro-bro sekalian :3 Pelik? Trial tak lepas lagi, tapi aku dah update blog? Pekes? Hahaha. Nafsu online guwa tak dapat ditahan broh. Haritu aku tweet kemain ek. Takmau online sampai trial la apa la. Last last? Setiap hari aku online even sekejap sekejap. Memang guwa ni tak lama kena penampau lah dengan bapak kesayangan guwa tuh -..- Zzzz

Lari? Aku nak lari pi mana? Aku nak lari pi KL weh. Tak sanggup dah duk kat Kedah ni. Sobs. Hahaha kdak. KL pun dah jerebu. Dengaq kata Kedah ontheway. Hmm. Ya Allah, tolong lindungi kami ya Allah. Esok, Sabtu, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra atau lebih popular dikenali sebagai Essemjay akan mengadakan Hari Sukan Tahunan Peringkat Sekolah 2013. Eceh, sesedap hati ayam ja aku letak peringkat sekolah tu. Tah betul ka dak aku hentam ja. Hikhik.

Dah awatnya kalau sekolah ada hari sukan? Takdak awatnya la. Aku just nak habaq kata aku ada acara lari 200m final pagi tu :(  Haritu saringan aku dapat nombor 1 kes tu la kot aku dapat masuk final. Guwa tak mahu ! Dengan esok semua pakat duk kat padang, perghh malu siot. Nak lawan pulak dengan Suwaibah yang lari laju tu. Even dia baru umur 13 tahun, tapi tapi tapi dia lari laju gilah. Atlit la katakan. Aku bukan atlit broh, tah kenape tahun ni aku terlibat pulak. tahun lepas aku tak terlibat pun. Ni yang rasa nak mengamuk kat cikgu ni. tapi, takleh. Derhaka namanya. 

Serius aku cuak tahap langit ke tujuh. Eh, pehal lak tujuh. Tak tak. Langit ke sebelas. Haa, baru molek sikit bacenye ye tak? *angkat kening macam Ziana Zain* Bila teringat aku nak lari, mesti jantung aku berdegup dengan lebih pantas. Jangan salah faham, ayat aku tu tak bermaksud bahawa selama ni jantung aku tak pernah berdegup kay. Kalau tak pernah, means aku dah mati la woi. Cuma berdegup dengan L E B I H pantas. Ada faham? Good. Pehtu, seluruh badan aku mesti sejuk. Sejuk gila. Sedangkan waktu tu panas. Bila tak teringat pasal lari terus badan aku panas. Over panas pulak tuh. Kemudian, sejuk balik dan panas balik. Gila temperature aku serius tak stabil. Dengan aku baru kebah demam. Sadis kan kisah hidup aku. :/

Apapun, esok aku akan buat yang terbaik. Tak kiralah kalah atau menang janji aku lari. Doakan aku menang. Doakan Rumah Zamrud menang ! Ohyeahh.



Motif gambar tersebut di upload kerana nak habaq kata baju yang aku pakai tu baju Zamrud. Yes, kaler hijau doh. Sedap mata memandang rite :p

Pstt, actually, kebelakangan ni banyak masalah yang aku sedang fikirkan. Tapi, nak update terasa malas. Takpa, in shaa Allah tak lama lagi segala kekusutan akan terlerai. Just nak pesan ...


Jangan jadikan PMR sebagai halangan untuk kita hidup gembira macam dulu. Jangan sesekali.

Belajar belajar jugak. Tapi jangan terlampau stress sebab PMR. Nanti PMR tah kemana persahabatan tah kemana. I mean PMR tak dapat, persahabatan pun hilang. Bersifat adil untuk kedua-duanya barulah betul. 

Kbye.

Thanks for reading :)




© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03