let's be honest here.
Sunday 3 February 2013
Assalamualaikum.


Ehem. Mohon senyap bila baca post kali ni yaaa. Hehehe.

Tolong jangan terlalu rendah diri bleh dak wahai sahabatku, Yati? Yes. Kita memang kena sentiasa rendah diri, tapi hang janganlah terlalu rendah diri sangat. Sebab bagi aku, hang takdak kekurangan. Yes. Semua manusia ada kekurangan dan kelebihan kan. Tapi, bagi aku yang buat masa sekarang dah 10 tahun berkawan dengan hang lah kan, aku tak jumpa kekurangan hang tu.  Aku dapat scan satu ja kekurangan hang. Hang kekurangan kasih sayang daripada seorang ayah. Tu ja.

Yang lain semua hang lebih daripada aku. See, Tuhan memang Maha Adil. Cuma, sifat rendah diri terlampau hang tulah aku rasa perlu diperbaiki. Cuma aku taktauu cena nak perbaiki dia. Kekadang, disebabkan sifat terlalu rendah diri hang tu, kerap buat aku terasa, terhina. Memang sungguh, hang tak berniat langsung nak buat aku terasa. Tapi, yalah, aku yang nak TERasa sendiri. Automatik kot perasaan tu mai. Contohlah kan, macam tadi, hang pakai tudung bibik, cantik dah. Jadi lagi daripada aku. Semua orang nampak tu. Tapi, dakk, hang tetap pertahankan perasaan hang kata tudung hang TAK JADI. Tudung hang mana pernah tak jadi aku duk tengok. Pakai pi lah tudung apapun. Kat situ dah boleh buat aku terasa teruk. Bila aku kata tudung hang jadi bermakna memang tudung hang jadi.

Hang selalu kata hang gemuk lagi daripada aku. Kat sini aku dan orang lain boleh nampak aku gemuk lagi daripada hang. Badan hang serupa takdak isi tau dak? Sekeping! Dak hang tetap menafikan kata hang gemuk gemuk dan gemuk! Sampai orang tanya berata badan pun hang malu nak habaq kalau berat badan aku ringan pada hang. Aku ringan daripada hang pun sebab aku rendah! Hang tinggi! Bermakna hang kurus lagi daripada aku. Macam baju Delima harituh, hang takmau pakai, sebab apa? Sebab baju tu saiz L. hang rasa tak sesuai ngan hang. Aku tengok sesuai gila ngan hang.  Tak mcam aku, aku rasa apa yang aku pakai semua menampakan aku gemuk. Seriously. Aku bukan merendah diri yang terlampau, tapi itu memang kenyataan yang tidak boleh dinafikan lagi. Sedih taudak?

Aku sentiasa rasa cemburu ngan hang. Hang sentiasa melebihi aku tak kira dalam apapun benda yang ada. Hang pandai daripada aku. Hang tinggi daripada aku. Hang kurus daripada aku. Serius aku rasa macam aku hidup kat sekolah tu hanya untuk bersaing dengan hang ja. Hang cantik berlipat ganda daripada aku. Sebab tu bila Shahira duk bercerita tentang 'cousin' dia depan hang aku rasa macam tak selesa. Muka habis cover gilalah nak tunjuk kata tak berminat nak dengaq. Hahahaha. -.-

Aku selalu kata kat dalam hati "Yati please stop merendah diri depan aku. Aku rasa terhina tau dak. Hang selalu kata hang pakai tudung tak jadi, tapi hang SENTIASA pakai tudung jadi. Berbeza dengan aku, yang pakai tudung memang nampak berlemoih gila." Hang kata hang tak jumpa lagi bakat hang yang terpendam. Mungkin hang tak perasan, hang sangat berminat dalam bidang masakan. hang sntiasa cerita kat aku tentang resepi yang hang duk reka. Aku jeles tau dak. Sebab aku taktau aku minat apa? Sampai mak aku pun besa kata "Hang waktu cuti2 cemni bukan nak buat benda yang berfaedah. Perempuan lain adalah jugak duk mejahit ka, memasak ka." Lama dah mak aku cakap benda tu. Sampai la aku duk pikiaq dan cari, apa yang aku minat. Aku tak jumpa. Aku taktau apa yang aku minat. Oh sebak bila fikirkan balik :'/

Aku paling takleh terima kalau hang kata hang tak cantik. Takdak langsung kat muka hang tu yang menampakkan hang tak cantik. Jerawat? Ramai lagi perempuan lain yang lebih banyak jerawat daripada hang. Segak juga depa tu. Aku selalu sedapkan hati aku "Takpa Haifaa, jangan stress, banyak lagi perempuan lain yang ada jerawat lebih daripada hang, yang kurang cantik daripada hang. Jangan duk malu sangatlah kan."  Sedangkan, setiap hari aku duk tengok cermin aku sentiasa mengeluh. ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM. Aku sentiasa cuba motivatekan diri aku. Tapi, bila hang duk kutuk diri hang, merendahkan diri hang gila-gila tu. Teruih hilang apa yang aku motivatekan tu tau dak. Sebab aku rasa, tara hang yang sentiasa melebihi aku pun rendah diri macam tu, aku yang sudah sememangnya kurang daripada hang ni lagilah.

Bukan aku tak redha dengan kejadian Allah kan, tapi tulah , hasutan syaitan. Aku cuba buang perasaan iri hati terhadap kawan-kawan aku. Bukan Yati ja, malah semua. Tambah kalau aku duk dengaq Shahira duk lawan 'rendah diri' dengan Yati. Kengkadang tu Syaza pun termasuk jugak. Pernah dak hampa terfikir bahawa orang lain yang dengaq tu mungkin akan terasa? Kalau Shahira, "Dak akulah manusia yang paling bodoh  dalam geng kita" Sedangkan hang sebaliknya. Yati dengan cara dia. Syaza pulak "Kami rasa muka kami makin gemuk. Untunglah hampa semua pandai, tak macam aku" Ayat-ayat hampa tu macam menghiris perasaan aku. *perhh ayat* Hahaha

Sorry, to sesiapa yang nama dia ada kat atas ni. Bukan aku nak memburukkan hampa. tapi please stop merendah diri terlampau sangat. Kalau benda yang betoi takpalah, ni dak langsung. Especially to Yati lerr. Dia tak pernah rendah diri dengan benda yang betoi. Badan kuruih kata gemuk. Muka lawa, dia kata tak lawa. Tudung jadi, dia kata tudung dia tak jadi. Aku bukan takmau nak tegoq hang. Dah lama dah aku nak cakap pasal benda ni kat hang. Tapi, tulah. Aku takut hang terasa. Bila hang terasa, hang akan merajuk. Hang merajuk bukan sebarang merajuk. Aku mesti kena libatkan hal dirumah untuk pujuk hang. Sebab kalau hang merajuk dengan aku, hang akan diam sampai balik rumah.  Pastu mulalah perasaan bersalah aku kat hang menggunung tinggi. Untunglah hang, bila merajuk ada yang nak pujuk. Kalau aku, hmm jangan harap lah ada orang nak pujuk. Kahkahkah. *fake laugh*

Sebab tu bila kot facebook ada strangers puji aku cantik ka comel ka aku tak rasa kembang pun. Sebab, yalah, depa tengok dalam gambaq. Kalau depa tengok real mesti depa akan tarik balik kata-kata tu. Aku jamin 100 percent! So, pasal kezen Shahira yang kononnya puji melambung-melambung tu, sikit pun aku kembang. Hahaha. #TrueStory

Btw, sapa yang baca entry ni, harap senyap dan tak bagitau apa-apa kat Yati. Aku tau, dia takkan baca blog aku kalau tak suruh. Kalau disuruh pun dia malas nak baca apatah lagi kalau tak disuruh. Dan aku tau, dia tak minat blog-blog ni. Nak baca, nak update semua dia tak minat. Hehe. Faham sangat dah dengan dia. Hal blog, kita sembang kot blog jalah. Takyah duk sembang kat alam realiti. 









Kbye.

Thanks for reading :)



© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03