Thursday, 29 November 2012
Assalamualaikum .
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .
Malam ni , ada ceramah kat surau kat kampung aku . Ceramah tentang 'Kenal Allah' . Aku nak cerita pun aku tak berapa nak reti . Motif utama aku nak cerita sekarang ni tentang putus asa .
Actually , dua tiga hari lepas kan . Aku hampir nak putus asa . Bukan putus asa takmau belajaq dah . Tapi putus asa pasal kelas apa yang bakal aku duduki tahun depan :(
Aku kata 'Ahh , redha ja lah . Dapat kelas mana pun takpalah . Janji ada niat nak belajar . Kelas tu tak penting.' Tapi , tadi ustaz tetiba cakap pasal putus asa . Ustaz kata kita tak boleh berputus asa . Kerana putus asa itu adalah perbuatan syirik . Astaghfirullahal'azim :O
Lepas aku dengar ustaz tu kata centu , terus aku fikir . 'Kenapa aku kena putus asa ? Selagi mampu, hang kenalah selalu berdoa kat Allah supaya letak hang kat Intelek . Ya , memang tak logik kalau budak 4A stay kelas Intelek kan . Tapi , kuasa Allah . Siapa boleh halang ? Kalau Dia nak letak budak 8A kat kelas Bijak pun takpa , kalau itu yang Dia nak . Tak gitu ?'
Tapi , mustahillah Allah nak letak budak hat dapat 8A kat kelas Bijak sebab sudah tentu manusia akan rasa tak puas hati , pelik dan sebagainya . Allah Maha Bijak , Subhanallah :O
Apa pun , aku selagi aku tak nampak kat papan kenyataan or kertas yang bagitahu kelas mana yang bakal aku duduk . Selagi tu aku akan berdoa . Ustaz kata lagi , "Allah suka hamba yang merayu kepadaNya ."
Well , kawan-kawan aku harap hampa pun doakan untuk aku agar aku dapat stay kat kelas Intelek lagi bersama hampa semua . Kawan-kawan tak bermaksud hanya untuk BFF aku ja . Bagi aku semua orang dalam kelas 2 Intelek kawan aku . Aku sayang and rindu hampa . Serius , aku tak tipu . :')
Kbye .
|