let's be honest here.
Saturday 17 November 2012
Fun .
Assalamualaikum .

*dari kiri-*tangan sahaja- Hanim , Auni and Haifaa*
Kita pakai webcam jee . Tu yang edit sakan tuh . Muahahahah XD



Muahahaha . Seharian berlepak dengan Auni and Hanim :') First , Auni mai rumah aku secara mengejut . Tak sangka dia nak pi kenduri rumah Alya , sebab dia kata dia sibuk . Tu pun dia kata lepas dia habis lawan lari kat stadium alor setar terus mai rumah aku . Mestilah dia salin baju dulu . :3 Aku pulak yang terharu masa tuh . Dia mai rumah dengan aku tak mandi lagi masa tu . Harhar sungguh -.- Nak tengok barbie pun tak senang . Well , Auni kan banyak sungguh cerita dia bila dia jumpa dengan kawan-kawan lamanya . Of course pasal ex-ex boyfie dia . Sebagai kawan . Kita layan jaa ~

Asal Hanim pun tak jadi mai . Tapi , aku sanggup call rumah dia tanya dia ada dak . Mak dia kata dia dk mandi . Aku dok kata dia nak bersiap nak mai rumah aku lah . Tuptup dapat mesej kata dia kena ikut mak dia pi kenduri . Tuptup dapat mesej kali gi , dia otw nak sampai kilang padi . Aku tak mandi lagi tuh . Haha . Ngan tudung tak iron lagi . Auni duk online guna netbook aku . Cistol sungguh . Siap upload gambaq dia ngan ex-boyfie lagi tuh . Auni auni . Tengok Hanim mesej kata dah sampai kilang padi . Aku tak mandi lagi . Hahaha ,serious kelam kabut aku . Auni siap hantaq mesej kat dia kata  "satsat , accident. tunggu lagi 5 minit" HAHAHAHA , accident otak luu . Sedangkan duk kat rumah lagi . pastu bila dah siap aku ngan Aunni pun merempit pi kilang padi . Asal aku nak suruh Hanim naik ngan Auni , sebab aku ajak Yati ikut . Boleh Yati naik ngan aku . Tengok , dia takdak . Pi kenduri ngan mak dia . Dan dan aku suruh Hanim naik ngan aku :'3

Parking moto kat rumah Izzati . Then , kami berempat *aku,Hanim,Auni n Izzati* jalan kaki pi rumah Alya . Baru masuk lepas pagaq rumah dia , Cikgu Isma teguq aku . "Amboih ,wat tak kenai noh" Pastu blah centu jaa . Aku terkejut and tak perasan pun kata cikgu ada . Aku pun kata lah "Laa , cikgu ka ? Tak perasan ." Aku nampak cikgu sesi pagi jaa . Aku wat tak heran lah . Sebab dia tak kenai aku . Muahahaha . Takdan nak salam cikgu Isma . KElam kabut cikgu nak pi mana tah . Padahal duk depan rumah Izzati jaa . -.- Hahahaa . "Tidak ku sangka Cikgu Isma kenai aku" Aku kata lah ceni kat depa lepas ambik makanan n makan kat dalam rumah . Then Izzati cakap "yalah , hang kan budak paling hingaq dalam kelas tu" Kira macam tuh la ayat dia . Dushhh ! Auni gelakkan aku . Dua kali aku kena pangkah ngan Izzati . Hahahaha sungguh . Auni sakan arh gelak . 

Then , bla bla bla . Kami balik . Memandangkan family Izzati masih duk kat rumah Alya , aku dengan tak segannya nak masuk rumah Izzati dulu . dengan kurang hasamnya Auni berkata "hang ada kemaluan dak ? Tak reti nak malu ?" Jebon sungguh Auni . Aku wat donno ja , then masuk bukak tv . Waa buat macam rumah sendiri . Tengok , Hanim n Auni pun masuk jugak . Tetiba Auni mintak ayaq kat Izzati . " Nak ayaq kosong jaa , takmau hat panas . Kalau boleh sejuk  takpun hat suam ." Aku balas balik kat dia ayat takdak kemaluan tu . Muahahaha . Aku pinjam novel Izzati then balik . Konon Hanim nak balik rumah aku nak tengok cerita Mann . Sampai rumah , ada orang . Straigh pi rumah Yati . Lepak kat rumah dia pulak . Kesian kat Yati , dia nak tengok cerita Mann tu tapi kami pi kacau dia pulak . Bukan masuk rumah pun , duk atas moto tak turunturun . 

Then sembang macam besa :') Aku kata dah kat Yati , ignore kami . Pi masuk rumah . Dia kata takpalah . Dalam 20-25 minit kedian kami balik rumah aku . Lepak kat dalam kedai . Sampai pukul 4 . Pastu masuk rumah lepak dalam bilik , lepak sampai pukul 6 lebih . Auni online facebook dia . Then kami berebut nak tunjuk lelaki-lelaki hensem dari sekolah masing masing . Hanim dengan sekolahnya *Jenan* Auni ngan sekolahnya *Bbd* Aku pun takmau kalah , nak tunjuk jugak lelaki hensem dari sekolah aku . Muahahaha .  Menang kat Hanim aku rasa . Banyak sungguh lelaki hensem kat sekolah dia . Aku duk suruh Auni offliine cepat , kata nak balik nak balik . Auni kata "amboih , halau nampak?" Hahaha . Bukan halau , tapi dah lama bukak internet tuu . Muahahha , jahat aku .

Pastu aku ngan Hanim hantaq Auni balik kat Taman tegku Maheran . Lepastuh aku hantaq Hanim kat kilang padi .  Pastu aku balik rumah . The end . 

P/s : Gambaq takdak . Takdak masa nak tangkap tangkap gambaq ni . Banyak gossip sedang menanti :'3 HAHAHHAHA
© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03