let's be honest here.
Thursday 11 October 2012
Assalamualaikum.



Cerita ni agak beremosi . Aku tak paksa suruh baca . Lepas baca , janganlah emo terlebih pulak . Aku dah bagi warning , okay !


"Abang ni , pakai tu elok-eloklah sikit ," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad . Ahmad tersenyum memandang isterinya .

"Cantik isteri abang hari ni ," Ahmad mencubit pipi Julia lembut .

"Ayah,ayah , cepatlah yah ," Liz dan Lin meluru masuk ke dalam bilik kerana dah tak sabar-sabar nak  bertolak pulang ke kampung .
"Yelah , yelah . Ayah dah siap ni ."

Julia tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja . "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata  kepada isterinya yang tercinta .

Perjalanan dari KL ke Teluk Intan mengambil masa selama 4 jam .Liz dan Lin pun dah terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya , Julia . "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung ," Ahmad berkata dalam hati .

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya .Semakin lama kereta Ahmad semakin laju  dan Ahmad semakin seronok .Ahmad dah tak sabar untuk segera samai ke kampungnya . Pedal minyka ditekan lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri , cilok kanan . Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tuh . Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur .

"Eh, abang, kenapa bawak laju sangat ni?" Tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya .

"Tak ada apalah sayang , rilek okay . cepat sikit kita sampai kampung nanti ."

"Sabar bang , sabar .Biar lambat takpa . Jangan laju sangat , Julia takut ." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya .

"Rileks Julia . tak dak apa-apa ." Ahmad terus memotong bas ekspress dihadapannya tanpa was-was .

"Haa , tengok , takdak apa-apa kan ?"

"Sudahlah tu bang ."

"Haa , tu ada lagi satu bas ekspress . Julia tengok abang potong aaa ." Ahmad terus masuk gear 3,pedal minyaknya ditekan hingga ke lantai . Ahmad terus belok ke kanan untuk memotong dan didepannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan BANG!!!!

****

"Julia,bangun nak ." Sayup-sayup terdengar suara emaknya .

Julia membuka matanya . Dia terlihat emaknya disitu . "Mana abang Ahmad , mak? Macam mana dengan sumai saya mak ? Liza , Linda mana anak-anak saya , mak ?" Bertubi-tubi Julia  menyoal emaknya . Julia menangis semahu-mahunnya di hadapan emaknya . Emaknya memandang Julia tepat-tepat .

PANG !!! Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba . Julia terdiam . Kenapa emaknya buat macam tu ? Don't breaking my heart Mom !

"Banyaklah kau puna suami ! Muka dahlah tak cun , belajar pun malas  , kerja pun takde , ada hati nak berlaki . Apa punya anak dara lah kau ni ? Dah ,bangun pergi  sembahyang ! Asar pun nak habis dah ni ! Tula , tidur lagi senja-senja macam ni !" Emaknya terus merungut sambil berlalu keluar . Dan Julia tersengih  keseorangan . Rasa macam nak masuk dalam tin biskut .

P/s: Moralnya janganlah suka tidur di petang hari terutamanya anak dara . :D
© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03