let's be honest here.
Thursday 27 September 2012
Mr. Wrong
Assalamualaikum .


*Big sigh*

Ermm , dah lewat dah ni . Aku still tak tidur lagi . Maklumla , esok harini kan Jumaat , mean cuti sekolah la . Haha. Pukul berapa aku duk type ni ? What ! Dah pukul 2.22 AM ? Awal lagilah . Hahahaha .

Kenapa salah orang ? Macam tu la Izzati tanya aku . Salah ? Aku nak habaq pun taktau cena . Ala , hampa mesti pahamkan ? Aku suka kat dia . Suka ja okay ! Tapi , dia tak pernah suka kat aku . Tu yang paling penting tu . Nak kata dia tak tau kewujudan aku tu buhung sangatlah kan . Dia dah kenal dah rupa aku cena , aku kelas mana . Haha .

Cuma aku rasa , dia dah lupa akulah orang yang pernah suka kat dia dulu . Pernah ? Ya la , pernah .Sekarang dia tau kata aku dah tak suka dia . Ya la , dah jelas lagi nyata dia dah habaq kata dia tak suka kat aku , takkan aku nak terhegeh-hegeh habaq kat dia kata aku suka kat dia pulak ! That is soo not me la .

Tapi , yang peliknya kan ,aku dah yakin hundred percent kata aku memang tak boleh lupakan Mr.Wrong buat sementara waktu ni . Lagi aku nak lupa , lagi dia ingat .Sampai sekarang , aku deacctivate account facebook aku . Ada sebab-sebab tertentulah aku deacct . First , sebab dia la. Tah , aku bosan duk stalk profile dia . Second , sebab facebook memang dah bosan teruk sekarang ni . Aku bukak twitter je la sekarang ni . Lagi pula , dia takdak twitter .Senang , kalau nak cerita pasal dia kat situ . Ahaks .

Mungkin lepas habis PMR nanti aku dah boleh lupakan dia . Insya-Allah . Why PMR ? Yala , mungkin aku or dia akan pindah keluar dari sekolah tu kan . Who knows right . Kalau dua-dua tak keluar terpaksalah aku kena tahan perasaan aku lagi sampai SPM :/ Tudiaa , dah target dah beb ! Mau tak target , aku selalu duk sembang buhung kata dah buleh lupakan dia bagai .Tapi ,tak dak hasil pun .

Makin parah adalah . Tiap-tiap hari macam tak sabar ja nak pergi sekolah . Bila tak nampak batang hidung dia masa kat dalam surau or masa perhimpunan , mulalah gelisah . Pikir macam-macam . Kenapa dia takmai? Sakit ? Pegi bercuti ka ? Ya Allah ! Kenapa dengan aku ni ?! Teruk sangat dah ni . Tolong aku we , kalau buleh aku nak merayu kat hampa tolonglah aku lupakan si dia tuh . Alangkah bagusnya kaau dia ingat kat aku macam aku ingat kat dia kan ? Tapi , tu hanya angan-angan monyetku saja .Eh , adakah angan-angan monyet ? Ahh lantaklah . 

Mulut kata tak suka , akal kata lupakan dia , hati ? Hati aku kata , mana dia ? Awat tak nampak dia hari ni ? Maybe hampa baca hampa rasa aku ni tersangatlah annoying . Jangan kata hampa , aku pun rasa yang sama . Aku still budak . Budak sekolah menengah yang tak layak nak bercakap pasal cinta . Sebab tu la bila ada orang kata dia cinta pandang pertama aku rasa geli , nak tergelak , marah . Aku akan habaq kat depa aku suka ja , jangan sesekali cakap aku cinta . Aku tak layak lagi .

" LOVE doesn't hurt . LOVING the wrong person does . "



© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03