let's be honest here.
Saturday 9 November 2013
Assalamualaikum.



Ok. Sekarang pukul 3.40 petang. Dan aku teramat bosan sekarang ni. So, aku nak update belog pasal lawatan ke Penang tu. Tertangguh gila lama en. Orang nak baca pun mesti dah takdak feel. Hmm. Aku sedaq aku sapa. Hashtag AyatPasrahMakYati . Eh tetiba.

Aku teruskan yer. Pagi bila tah kita pi Penang tu weh? Ha tengok. Sampai aku seniri pun dah lupa. Takpa, biarin aja. Oke, pagi tu kami dengan semangatnya beratur apa semua tandatangan kehadiran semua en. Bas sepatutnya datang pukul 8. Bas A dah sampai. Then para manusia yang nama dia dalam bas A tu pun segeralah masuk dan booking tempat masing-masing. Kami yang nama duk dalam bas B masih ternanti-nanti , tercari-cari dimanakah bas B kami? Lawakah? Burukkah? Kalau nak pi lawatan mana pun, mesti rupa paras bas tu yang jadi keutamaan kami.

Tunggu punya tunggu, pukul 10 baru bas B mai sekolah. Eh eh, bukan pukul 10 tu dah sampai Penang nah. Hohoho -..- Masa sebelum bas B tu sampai, kami dah tak larat nak tambah dosa dah duk kutuk maki driver bas yang tah pape tu. Tak menepati masa langsung. Ikut hati, waktu dia sampai tuh, nak ja kami maki dia depan-depan. Nasib tua ja. Hormat k hormat.

Ok, duk dalam bas, otw to Muzium Perang. Ya Allah, bapak punya bosan. Aku macam besa, duk dengan Yati. Izzati duk ngan Shahira, Titie ngan Syaza, Najwa dengan Qistina and Sharifah forever alone. Hahahaa. Dia selalu centu. Macam nak kesian ja kan? Tapi best lagi duk sorang macam dia. Barang nak letak pun senang. Kami beli apa, semua kami letak kat temapt dia. Sampah yang kami buat, semua kami tumpang kat tempat dia. Muehehehehe.

Yati ngan aku dah tak tentu arah dah duk dalam bas tu. Dah macam kucing nak beranak pun ada. Bosan. Syaza, bas start ja jalan, terus dia tidoq. Omoih. Lalu, kami pun mulalah kacau orang. Yati baik sangat bagi guna kredit dia untuk kacau orang demi menghilangkan rasa bosan. Thow. First call Pidot, pehtu Ziyad, pehtu Aqil. Pehtu, Jayshan call pulak. Jayshan cakap ngan semua orang. Pakat duk passing fon. Bhahaha. Syaza sedaq-sedaq dia kata "Weh,asal tak gerak aku. Aku nak cakap dengan Jayshan jugak." Kami gelak ja. Hahaha

Pukul 12 centu, kami dah sampai at muzium perang. Asal, kami bawak turun beg kecik. Konon letak camera dalam tu la. Pehtu, abang mana tah kata, beeg semua simpan dalam bas. Jangan bwak turun. Eh eh. Kami pun simpan lah segala beg dalam bas. Fon, camera, dompet segala tok nenek benda berharga semua kami letak dalam bas. Macam harem. So, kami takdak gambar kat muzium tuh. Huk huk. Memang sedih. Tengok orang lain, tudia bukan setakat fon ja depa bawwak. DSLR pun siap ada ditangan lagi. Ini harey. Kami pun errr. Takpalah, nak wat cena.

Dalam pukul 2 ka 3 tah, kami otw pergi ke Queensbay. Sampai ja sana, before turun dari bas cikgu Azizan kata "Pukul 4.30 kumpul kat sini noh." Aku pun macam what?! Mana nak dan. Aku pun jerit kat cikgu "Pukul 5 lahh." Tidak ku sangka tidak kuduga, aku disokong ramai. Muahaha. Siap ada yang kata "Pukul 6 lah cikgu!" Cikgu still dengan keputusan dia. Kami turun dari bas dengan hampa. Ececeh.

Kami kalut cari tandas nak salin baju. Then habis salin baju gi solat pulak. Then baru nak isi perut. Kami isi perut kat McD jer. Masa tuh dah pukul 345 dah. Tempat lain tak jelajah lagi. Takpa, kami pun makan ilek ilek sempat jugak snap pic. Wooo. 



K, lepas keluar dari McD ni, kami rancang kononnya nak pergi Borders la Popular lah. Pehtu sesat. Sesat sesat pun dan jugak kami bergambau. Bhahaha. Nak buat koleksi kenangan lah katakan -..- 



Tengok-tengok jam dah pukul 4 lebih dah. Masa tuh baru jumpa Borders. Pehtu, tercongok pulak dalam tu dua tiga minit. Tak buat pa pun. Heran jugak, buat apa aku pi sana. Haish. Pehtu, konon nakk p Popular. Cari tak jumpa pulak. Call punya call, tak jumpa jugak. Dah la dengan masing masing berpecah. Then kami decide jumpa kat bas. Haaaaa senang cita noh. Amboih.

Orang lain harem tak dak lagi kat bas pun. Kami pun malas lagi nak naik bas, so melepak kat belakang bas tuh. Snap pic lagi uolss . Muahahahaaha. 


Lepas tuh kami pun naik lah bas. Bergambau dalam bas pulak lah kan. Tapi, ada dua orang tak naik bas lagi waktu tuh. Sesat katanya. Bhahaha. Jenuh sakit perut kami gelak. Jahat tak jahat lah kan gelak kat orang. Jadi kat diri seniri baru sedaq nak qeyau. Hahahaha. Sebelum beertolak tu, kami test lagi kat cikgu. "Cikgu, kami tadi dah takdan nak beli apa pun. Jom lah pi makan Mee Udang tu. Jomlah jomlah." Semua pakat cakap centu. Kami pakat buat mogok dalam bas suruh pi makan Mee Udang tuh beb. Memang hingaq tahap ah. Tapi tak kesah. Tengah mogok. Apa heran. Bergh.


Bukti kami buat mogok. Semua pakat takmau duduk. Act, ni gambaq orang depan aku. Kami hat duk belakang ni duduk lama dah. Tapi, bangun balik sebab nak join buat mogok. Siap sepakat lagi kata "Weh, jom reramai kita buat mogok kat cikgu. 1,2,3! Mee udang mee udang mee udang!!!" Memang hingaq teruk ah. Nasib takdak lelaki ja tu. Kalau dak, lagi hingaq pa. Dua jantina bergabung suara. Bhahahaha. tapi best ah, bas kami tak sekali dengan lelaki. Nak buat apa pun memang ilek tahap antarabangsa.

Mogokan kami tidak dihiraukan oleh Cikgu Azizan. Tskk. Katanya satgi traffic jam lah apa lah. Bila bas dah start jalan. Kami pun mulalah melalak. Berkaraoke. Awai-awai tu, nyanyi kat tempat sendiri ja. Bayangkan, aku duk tepi tingkap satu line dengan drebar bas tuh, cuma duk belakang. Izzati,Shahira,Qis,Najwa,Syaza,Titie duduk bersebelahan dengan kami. Means belah kiri kami lah. Belakang kami Kak Pah. Sebelah kiri Kakpah, Izzati and Shahira. Aku jerit kat depa dua. "Weh, bukak lagu Mahone weh!" Kuat tak kuat lah kan, dengan radio pun pakcik drebar ni pasang kuat kemain.

Pehtu, senang pi duduk kat tempat depa. Sat duduk sat diri. Pehtu nyanyi. Dah tempat duduk Qis n Najwa dah tak celuih. Duduk jalah kat tempat letak tangan tu. Apa payah. Pehtu nyanyi. Nyanyi bukan sebarang nyanyi. Sampai suara aku dah tahap serak dah. Memang melalak betoi betoi. Orang hat duk depan sekali pun dengaq bunyi bising kat beelakang. Tapi taktau kami buat apa. Cuma dengaq bunyi bising ja.

 Nyanyi lagu Say You Just A Friend, What About Love, Heart Attack, Love Me, Baby, Kosong, Sahabat, I Love You, Bar Bar Bar, Gwiyomi. Gwiyomi best. Siap menari lagi kami. Siap rakam lagi. Bhahahaha. Tapi memang best ah moment tu. Aku kata, dah kita tak puas hati dengan lawatan ni, bek kita gembirakan hati dengan melalak sepuas hati didalam bas. At least gembira.



Dengan tempat sempit en, kena pandai pandai mencelah lah. Muka huduh biaq, janji kenangan manis itu ada. Dengan bergegaq nyaa. Tangkap sikit blurr tangkap sikit blurr. 

Sampai sekolah nak dekat pukul 7 malam. Sempat jugak tengok Love You Mr.Arrogant en. Hahahahaaha. Tapi, aku tak tengok sangat pun. Letih memang letih. Tapi, best. Best pun part otw nak balik masa duk dalam bas tu ja. Hat len besa besa jerp. 

Ni pasal Penang. Pasal benda lain. Nanti yerw. 

Kbye.

Thanks for reading :)









© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03