Tuesday, 4 December 2012
Assalamualaikum .
Hi . Hari ni aku nak kongsikan sedikit sebanyak tentang bagaimana kita nak mendisiplinkan diri . Aku cari-cari kat rumah aku terjumpa satu buku ni .
Petunjuk Pelajar Islam : Bagaimana Mencapai Kecemerlangan Dalam Peperiksaan
Haa , tu tajuk buku yang aku baca . Banyak isi dia . Ada 14 bab semuanya . Mendisiplinkan diri ni Bab 2 . K , sila baca dengan teliti tau ! Penat aku type ni -_-
Jawab pertanyaan berikut :
Masih terlalu banyak 'kerapkah anda' yang boleh dinyatakan disini tetapi apa yang ingin diutarakan disini ianya menggambarkan bahawa anda telah kehilangan sesuatu. satu-satunya perkara yang sangat penting iaitu 'disiplin diri'
Sesuatu yang positif haruslah dilaksanakan supaya calon-calon tidak akan menyalahkan dirinya , di samping tekanan-tekanan jiwa ataupun gangguan emosi yang hanya boleh membawa akibat buruk terhadap keputusan peperiksaan . Pernahkah anda mengatakan pada diri anda atau mendengar rakan-rakan yang bekata "Kalaulah aku belajar dengan bersungguh-sungguh tentu hasilnya lebih baik" .
Jauhkan tekanan sewaktu peperiksaan semakin hampir . Buangkan perasaan was-was dan takut mengalami kegagalan jauh-jauh dari anda . Cuba hapuskan ungkapan ini dari sanubari anda : Aku mesti lulus peperiksaan ini , jika tidak gelaplah masa depanku. Jika keadaan yang sedemikian , diri andalah sendiri yang bertanggungjawab dalam mewujudkan tekanan tersebut . Bawalah bertenang dan banyaklah berselawat ke atas junjungan besar kita , Nabi Muhammad s.a.w . Dengan ini hati anda akan menjadi sejuk .
So , that's all for tonight . Selepas ni , aku nak kongsi dengan hampa ( para pembaca ) Cara Mengatasi Masalah Menangguhkan Kerja .
Btw, thanks for reading :)
|