let's be honest here.
Saturday 8 December 2012
Assalamualaikum .



Nur Syafiqah Haifaa nama diberi . Remaja yang sedang menunggu hari lahirnya yang ke-15 tak lama lagi :') Malam ni tetiba rasa nak imbau kenangan-kenangan aku selama 14 tahun  11 bulan 9 hari ni .

Rasa entry kali ni bosan ? Bukan nak kurang ajar , tapi kalau dah rasa bosan tu silalah tekan x kat tab anda tu yee ;) Sebab entry kali ni sangatlah panjang .Well , terserah nak baca ka tak . Aku post sebab suka suka .

Kawan-kawan aku semua tau kot noh , aku bukan anak jati Kedah . Aku anak jati Perak . Yes , aku dilahirkan di Lumut . Tempat untuk TLDM atau NAVY . Aku anak bongsu daripada tiga beradik . Can't believe it ? Please , believe it :')

Ayah aku tentera laut , so ayah aku suruh atau secara kasarnya paksa abang Heri aku jadi tentera laut jugak . Tapi tak dapat , dapat tentera darat . So  ,sekarang ni dia seorang askar . Then , ayah aku pernah suruh abang Fizi aku masuk tentera jugak . Tapi dia degil sikit so dia membantah . Dia takmau masuk sebab dia tak minat . Dia lebih minat bola sepak . Peminat fanatik . Aku ? Aku rasa nak masuk tentera udara . Tapi bila fikir balik , better masuk tentera darat jugak . Hohoho . Tiada paksaan , aku sendiri yang nak . Sebab bidang tu ja yang aku rasa sesuai untuk aku . Pernahlah dulu cita-cita aku nak jadi doktor . Tapi , sekarang ni aku semakin hari semakin geli tengok darah . Sikit takpa , banyak tu payah . Dengan science tak pandai :/

Aku menetap kat Perak tak lama . 5 tahun ja . Lama lagi aku menetap kat Kedah . Cara percakapan aku kat sekolah dan kat rumah memang tak sama . Kat rumah still ada bahasa pelat KL + PERAK . Kat sekolah 100% Kedah .

Haa , ni nak cerita pasal kenangan aku kat Flat A-24 , tingkat 4 , rumah 404 . Kat tingkat tuu aku ada banyak kawan . Tambah pulak mak ayah aku ajaq budak-budak kat situ mengaji . Aku tak ngaji sekali sebab lepas depa balik baru aku mengaji . Aku ingatlah satu malam tu aku menangis teruk sambil mengaji . Masa tu aku umur 4 tak pun 5 tahun la .  Aku baca tak betul mak aku marah sungguh , dengan mak aku kat dapur sambil dengaq aku baca kat ruang tamu . Huhuhu sedih gila . Kena tibai tu besa la . Alhamdulillah masa aku umur 6 tahun aku dah baca Alquran dan masa aku umur 8 tahun aku dah khatam untuk kali pertama .

Kawan ada banyak , tapi aku tak la ingat semua nama diorang . yang aku ingatlah kan . Era , Syazwani + Safuan + Shahrizat , Hasif , Haziq ,Sharmila and abangnya *aku tak ingat nama* .  Along , angah *kakak kepada Hasif and Haziq* dan Anuar . Tu ja la yang aku ingat . Ada lagi tapi tak ingat . kalau tanya umur , semua aku taktauu . Kebanyakan semua tua pada aku . Yang dah habis belajar pun banyak . Sharmila tu orang iban . Kalau pi Tabika selalu pi ngan dia la jalan kaki ja . Dia tua setahun dari aku . Mak aku sibuk buat kuih sebab tu takdan nak hantaq aku . So , kami pi berjalan kaki berdua . Lintas jalan sendiri tanpa bimbingan orang tua . Aku 5 tahun dia 6 . Berdikari tak ? Haha

Anuar ni pulak aku rasa aku pernah jadi anak angkat mak dia . Mak dia baik sangat ngan kami . Ada hari tu , mak dia buat burger aku pi la rumah dia . Dia pun pelawa aku makan . Siap suap lagi tu . Kalau makan nasi pun mesti mak dia yang suap aku . Hehe . Ada satu moment tu , kami main kat dalam rumah dia . Kami main lompat dari atas meja pastu turun ke lantai dan ulang balik . Ada satu part tu , time aku nak lompat tetiba Era tolak aku . Aku takdan ready terus tertomoih jatuh bawah . Takdak kecederaan yang parah . Hanya 4 batang gigi aku yang patah sekali gus . Dua atas dua bawah . Hat tengah pulak tu . Kalau aku qenyeh kosong ja tengah tu . Haha . Darah banyak gila keluaq . Aku qeyau sakan ngan . Satu tingkat tu dengaq aku qeyau . Muahaha .

Ada hari tertentu mesti kami sekeluarga gotong royong bersih rumah . Sental dinding-dinding yang aku conteng tu . Samada di luar rumah mahupun dalam . Best woo . Masa aku kecik dulu kami selalu main lawan lari ramai ramai . Kami wakil setiap kereta . Ferrari la apa la . Setiap kali lawan , mesti aku dapat nombor last :( Sedih woo . Aku mula belajar naik basikal tanpa roda masa 4 tahun . Tu pun abang aku ajaq . Mak aku tak bagi main kat bawah . So aku ride tingkat 4 tu jala . Haha . Setiap petang , kami (semua budak budak yang ada di tingkat 4 mesti berkumpul kat tempat tunggu lif tu .) Kan kat situ luas . Kami akan main macam-acam permainan . Semua main termasuk abang-II aku . Yala depa pun still budak . Sekolah depa pun dekat . Turun dari flat , lintas jalan sikit terus jumpak sekolah rendah . Jalan depan sikit nampak sekolah menengah pulak . Padang depa share . So memang luas laa . Setiap petang depa akan berlatih taekwando kat padang tu . Ada sesekali aku pi jugak tengok abang-II aku berlatih . Sorang-sorang aku turun lif , lintas jalan sambil naik basikal :3

Bla bla bla . Hujung tahun masa aku umur 5 tahun . Kami kena pindah . Kami pindah mai Kedah ni la . Abang Heri aku tak pernah tinggal tetap even selama setahun di Kedah . Sebab , masa aku 5 tahun dia dah habis SPM , then terus dapat tawaran pi TitiBesi . Abang Fizi aku nak masuk form 2 dah . Aku sempat tabika satu tahun ja kat Perak . Selepas tu semua belajaq kat sini . Masa 6 tahun aku sekolah kat Tadika Bahagia . Sekolah cina . Tapi aku tak ambik bahasa cina pun . Kat sekolah tu aku berkenalan dengan Hanim my bff , Rissa Salsabila , Izzati Afiqah ( Haqifa Izzati )  dan banyak lagilah . Tak ingat . Yang pastinya semua geng melayu tak ambik bahasa Cina except Idris . Dia fasih cina . Masa form 1 dulu ak
u tak pernah perasan pun pasal Izzati tu . Masa form 2 baru ingat muka dia iras kawan aku masa 6 tahun . Tengok2 memang betul dia . Haha . Aku ada pengalaman kena tumbuk dengan seorang lelaki cina ni :O Dia tumbuk muka aku doh . Aku qeyau then depa habaq kat tecer . Tecer marah dia then suruh dia tumbuk dinding sebagai denda . Haha padan muka :P Betis aku ada parut sebab kena ekzos panas masa balik tadika  :(

Kat kampung pulak aku ada ramai kawan sebaya . Faiz(17) , Syafiq(18) , kakcik Aina(13) , Teah(15) ,Che Mat(14), Nisa(14) , Kak lang (14), Sapia(13), Apan(14), Pini(13), Daniel(15), Mirul(16), Firdaus(15), Munir(17) . Dan yang terakhir Yati(14) , my bff . Aku kenai dia masa aku pindah kat Kedah mean masa 6 tahun dan still berkawan sampai sekarang . dah 9 tahun dah aku kawan dengan Yati and Hanim . And depa jadi bff aku . Hahaha . Yang lain semua aku dah tak kawan sejak aku masuk umur 13 . Malu la kononnya aku ni .

Kaki aku ni still ada parut sebab jatuh masa main bola sepak ngan depa .Main bukan atas rumput . Main atas tanah keras yang ada debu . Mau tak luka . Mulanya qeyau pastu depa pakat buat lawak , teruih aku gelak . Hahaha . Macam-macam permainan kampung yang kami main . Guli , tuju tin , tuju kasut ,tuju lemak , masak-masak . Aci ligan , aci sembunyi , aci kelentong ,  Stoi , rumah hantu , bola sepa , roundest . Roundest ni macam kriket la . Semua permainan tu campoq laki perempuan termasuk masak-masak . Masa aku darjah berapa tah . Kami main masak-masak belakang rumah Daniel . Belakang rumah tu ada padang + hutan . Kami cari apa tah kat hutan tu , tetiba kaki Teah tercucuk duri . Gila darah keluaq banyak kot :O Pastu ada Firdaus sorang ja laki kat situ dia kelam kabut lari sana sini cari kain nak balut kaki Teah , tapi takdak . Last dia ambik kain layang-layang . Woah , gentleman sungguh dia masa tuh . Masa darjah 5-6 kami baru main bola kat padang belakang rumah Daniel tu . Selalu gak jadi keeper . Sakit perut aku bak hang kena bola .Wat lekk . Pakai tudung tak pakai tudung , main tetap main :P

Umurku masa ni maybe darjah satu sampai darjah tiga . Sebab darjah 4 aku dah pakai tudung keluaq rumah.  

Kalau kat sekolah pulak , aku jadi ketua darjah masa darjah 1 . Aku kelas satu Teratai dengan Yati and Sharifah . Hanim ketua darjah kelas 1 Seroja . Shahril ketua darjah kelas 1 Melur, dia sekelas dengan Dayah . Masa darjah 1 aku selalu dapat nombor 1 , samalah dengan Hanim . Aku heran la pasaipa Shahril takdapat nombor 1? Sebab kami ketua darja semua dapat nombor 1 . Hahah LOL . Well , aku pandai masa tu :P Tapi kepandaian aku menurun dari tahun ke tahun . Darjah 2 aku jadi pen,ketua darjah. Shahril jadi ketua :( Kami kelas sekali , Syuk budak baru pun kelas tuh pun kelas tu jugak. Bila exam aku dapat nombor 2 . Yati pun , tapi dia kelas lain . Kami terpisah :( Syuk merampas takhta aku . Hahaha dia memang pandai . Sampai darjah 6 dia sentiasa top 3 . 

Alya and Auni masuk kolah tu darjah 3 . Masa tu aku , Shahril , Syukran dilantik sebagai pengawas sekolah. Start tahun tu sampailah tahun ni (2012), aku sentiasa pakai kasut sekolah hitam . Tak pernah pakai kasut sekolah putih . Masa darjah 3 jugak aku masuk menari Zapin . Partner dengan Syuk tu . Ouh lupa Zulfikaar pun masuk darjah 3  , Zafri jugak . Hanim jadi pengawas sekolah masa darjah 4. Bla bla bla . Masa darjah 6 aku masuk top 6 tercalon untuk dijadikan sebagai ketua murid . Kena pi setiap kelas mintak undi . Ceh , aku undi diri sendiri . Haha lol . Aku ingat aku tak banyak yang undi . Tapi ada jugak yang undi aku :')  Kebanyakan yang undi aku budak kelas 6Melur. Kelas kami 6Excellent adalah geng Yati . Shahril dapat undian terbanyak . Well , budak darjah 5 banyak sokong :P Budak hensem masa tu . Cikgu pun banyak sokong dia . Syukran jadi Penolong 1 aku jadi Penolong 2 .

Pak dua orang ni hampeh , kerja tak reti nak buat , semua aku ja yang buat . Cikgu pengawas pun kerja suruh aku ja . Masa darjah 6 memang kami jarang turun ke kantin untuk makan . Kami geng geng pengawas semua lepak kat dalam kelas . Muahaha , nampak bebudak naik atas mulalah kami menghalau suruh turun . Ketegaq budak budak tu , jenuh ligan kami . Hahaha . Masa tu Alya ,Auni and Dayah pun sudah dilantik menjadi pengawas sekolah .



Pastu UPSR . Then habis UPSR kami main sakan . Bla bla bla , time ambik keputusan cikgu buat sekali dengan Hari Kantin . Memang best . Berdebaq bila dapat tau result dah keluaq . Celapak kami 5 orang lari . Alhamdulillah , aku , Hanim , Dayah and Alya dapat 5 A , Auni sorang ja dapat 3 A . Bukan rezeki dia . Lastly , Aku ngan Alya SMKJ , Dayah SMKA Yan , Hanim JENAN dan Auni BBD .

Pastu masuk sekolah menengah aku ingat bolehlah pakai kasut putih , rupanya tidak :/ Dapat sekelas dengan Shahril , Syuk , Ain Izzati , Yati , Sharifah . Tak lama lepas tu Syuk keluaq , pastu Shahril . Masa form 2 , dapat geng baru . 9 orang termasuk aku . Banyak sungguh . Hahaaha .



Kenangan Lampauku berakhir disini :)

Btw , thanks for reading this very long long entry :O
© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03