Wednesday, 29 January 2014 ❝Cantik ker? ❞
Assalamualaikum.
Ish aku setuju betul la dengan kata-kata daripada unknown
ni. Agreed hundred percent bak kata orang putih. Thow.
Memang betul pun kan?
Perempuan cantik kan, buat pi la benda tak elok apa pun, mesti orang
akan tetap suka jugak. “Mulut macam anjing” pun kalau dah cantik tu, orang suka
jugak. Ye dok? Rasa dunia ni tak adil sangat kan. Huhu. Takpe, yang penting
Allah itu adil ye teman teman xD
Ya sekarang ni zaman it yang sangat moden ya. Tapi aku nak
kata juga yang sekarang ni zaman bash/mengebash. Kedebabom (( sound effect ))
Tak bash kat sekolah, bash kat laman social. Bash tu dah macam ermmm taktau nak
describe cena.
Yang selalu bash orang kat sekolah tu of kos ha bebudak yang
cantik meletops bak diva divos tu haa. Budak yang tak beropa nak lawa ni berani
ka nak bash weh? Takdak nak berani haih. Kalau berani lawan pun, tak semua yang
sokong kau even kau berada dipihak yang benar. Why? Sebab tak dak yang sokong.
Orang yang nak sokong kau pun mestilah besrfrenssssss kau tu jeh. Tu pun kalau
kau ada bestfrensssss la kan.
Haa time kau kene bash tu en, time tu la kau boleh kenal
siapa kawan or lawan kau yang sebenar benarnya.
Ya la, time tu time kau jatuh kan, bukan senang nak cari kawan yang ada
dengan kau time kau jatuh weh. Kawan centu dah payah nak jumpa sekarang ni weh.
Serious.
Agak-agak aku macam mana heh? Wallahua’alam weh. Aku taktau
nak letak aku kat kelompok kawan sejati or tak berapa sejati. Lol. So,
muhasabah diri and tanya diri sendiri ‘aku kawan yang macam mana?’
Orang yang lawa tu, bersyukurlah Tuhan bagi rupa yang
menawan kat korang weh. Perangai tu bagilah lawa macam rupa sama. Barulah kene
dengan muka yedok. Janganlah sampai orang kata kat kau “muka lawa dah, perangai
tu ja haa, spoil.” Tapi, kebanyakannya orang still mahu berkawan dengan dia.
Sebab apa? Sebab dia cantik la. Ngoks.
Kalau perempuan yang
tak lawa buat perangai macam hanjing kompom ramai yang kata “muka dah macam
haper gi, perangai tu lagi la. Haa elok sangat la tu. Ada chemistry.” Eh pulak.
Tobat semua pakat lari daripada dia lepas tu. Sapa mau kawan dengan orang centu
kan. Kononnya.
Part “nak jadi baik ni mudah je. Nak jadi cantik tu yang
susah.” Bagi aku, part ni memang pergh. Memang setuju sangat dengan ayat
ni. Kalau kau cantik, and perangai macam
haprak, tak ramai haters yang kau bakal dapat even ada jugak haters k. Tapi
kalau kau hodoh, ish macam kwaja pulak kata hodoh kan. Kita tukar ke perkataan
yang sopan sikit. Tapi kalau kau tak berapa nak cantik, tapi perangai gempak,
tak semua yang nak bekawan dengan kau weh. Serious kan kan kan. Lumrah hidup,
kawan.
Aku tak berani nak describe diri aku cena. Tapi for sure aku
tau aku tak tergolong dalam bebudak yang cantik meletops tu. Tu diri ini asyik
nak jeles ja bila tengok perempuan cantik. Lol. Biarlah orang sekeliling aku yang
describe diri aku macam mana. Hodoh, hodoh lah. Cantik, cantik lah.
Bersyukurlah ada jugak rupakan? Daripada takde rupa langsung. Astaghfirullahal
a’zim. Aku bukan ada ramai kawan sangat pun (( kalau kau kata “ada kawan lebih
daripada seorang tu ramai jugaklah” )) k, aku ada ramai kawan. Hahaha. Suka
tols loyar buruk. Nyampah.
Maybe aku ni annoying. Ya memang pun. Tetiap hari
aku perasan kata aku ni annoying. Haish, aku pun tak reti macam mana ak buang
sifat annoying dalam diri aku ni. Takpe, aku ikut kata hati aku walaupun bak
kata pepatah “ikut hati mati” kan. Hahaha. Apa kata hati aku? “Setiap orang
annoying, Cuma tahap ke-annoying-an tu je yang berbeza.” Atudiaa. Ayat memang
tak boleh belah kali ni. So, bukan aku je yang annoying k. Engkorang yang baca
ni pun annoying jugak. Sedarlah diri tu sikit. Ayat kwaja part 2.
Tapikan, bila kengkawan kita kata kita annoying, serious
kita rasa macam takde pape. Urr lekleklek gitu. Bila ((haters)) yang kata,
reaksi aku automatic macam ni haaa
Hahahahaha. Apepun, better muka hodoh perangai cantik
daripada muka cantik perangai hodoh yedok. Tapi, belajarlah mencantikkan diri
sama. Jangan nak stay macam tu sampai kau mampos. At least, buat perbezaan kat
rupa kau. Aip, jangan buat plastic surgery sudah. Kau pakai bedak sejuk ke,
tomato timun ke, krim muka ke, itu dah cukup bagus. Hahaha.
Dah ah. Lagi banyak aku type, lagi banyak songeh aku yang
engkorang akan baca, maka makin banyaklah sifat annoying dalam diri aku yang
engkorang dapat detect. Hohoho.
Cantik kah orang yang muka cantik tapi perangai hodoh?
Cantik kah orang yang muka hodoh tapi perangai cantik?
Atau
Cantik kah orang yang muka cantik dan perangai dia cantik?
Aku type jeh. Padahal engkorang yang tanya. Dan pepandailah
korang jawab ye. Annyeong.
Kbye.
Thanks for reading :)
|